Soalan Popular

Soalan Lazim (FAQ)

Apakah dokumen yang diperlukan untuk menunaikan umrah sekarang?

Untuk jemaah Malaysia, anda memerlukan pasport antarabangsa yang sah laku sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh berlepas, gambar berukuran pasport (latar putih), dan buku rekod suntikan Meningococcal Meningitis (ACYW135). Pihak kami akan menguruskan permohonan visa pelancong (Tourist Visa) atau visa Umrah bagi pihak anda bergantung kepada kesesuaian.

Adakah perlu untuk mengambil insurans tambahan?

Setiap pakej kami sudah termasuk perlindungan insurans/takaful asas. Walau bagaimanapun, jemaah boleh memilih untuk menambah perlindungan tambahan mengikut keperluan peribadi.

Sekiranya saya perlu dikuarantin di Saudi, berapa kos yang perlu disediakan?

Kos kuarantin bergantung kepada polisi semasa kerajaan Arab Saudi. Pihak kami akan memaklumkan sebarang perubahan sebelum tarikh berlepas.

Bagaimanakah cara untuk membeli simkad?

Simkad boleh dibeli semasa ketibaan di lapangan terbang Jeddah atau Madinah. Pihak kami juga menyediakan perkhidmatan simkad sebagai tambahan pakej.

Bagaimana cara untuk mendapatkan slot solat di Raudah?

Slot solat di Raudah boleh ditempah melalui aplikasi Nusuk. Pihak mutawif kami akan membantu jemaah membuat tempahan slot semasa berada di Madinah.

Apakah proses permohonan visa umrah dan dokumen yang diperlukan?

Proses permohonan visa umrah memerlukan tiga dokumen utama: pasport antarabangsa yang sah sekurang-kurangnya 7 bulan dari tarikh berlepas dengan 6 muka surat kosong, 4 keping gambar bersaiz 4x6cm berlatar belakang putih, serta sijil suntikan Meningococcal Meningitis (ACYW135). Selain itu, jemaah perlu melengkapkan proses biometrik melalui aplikasi Saudi Visa Bio. Untuk panduan lengkap, layari halaman Visa Umrah & Ziarah kami.

Apakah itu Saudi Visa Bio dan bagaimana cara menggunakannya?

Saudi Visa Bio adalah aplikasi rasmi untuk proses biometrik visa umrah. Anda perlu memuat turun aplikasi ini dari App Store atau Google Play, kemudian mengimbas pasport, wajah, dan cap jari menggunakan telefon pintar. Selepas selesai, pengesahan Enrollment ID akan dihantar melalui emel dalam masa 24 jam.

Apakah syarat tambahan bagi bukan warganegara Malaysia yang ingin menunaikan umrah?

Bukan warganegara Malaysia perlu menyediakan dokumen tambahan mengikut jenis permit ÔÇö contohnya Surat Pengesahan Majikan (bagi pemegang Employment Pass) atau Salinan Sijil Nikah/Kelahiran (bagi pemegang Dependent Pass), semuanya perlu disahkan oleh Notary Public dan Wisma Putra. Wang cagaran RM10,000 juga dikenakan bagi warganegara negara tertentu.

Berapa lama tempoh pemprosesan visa umrah?

Tempoh pemprosesan visa umrah biasanya mengambil masa 5 hingga 14 hari bekerja bergantung kepada kelengkapan dokumen dan jumlah permohonan semasa musim puncak. Kami menasihati jemaah untuk mengemukakan dokumen seawal mungkin bagi mengelakkan sebarang kelewatan.

Adakah saya perlu menyemak status imigresen sebelum memohon visa?

Ya, sangat digalakkan. Jemaah yang ingin keluar negara perlu memastikan nama tidak tersenarai dalam senarai sekatan (senarai hitam) Jabatan Imigresen Malaysia. Semakan boleh dibuat secara dalam talian melalui portal SSPI di laman web rasmi Jabatan Imigresen (sspi.imi.gov.my).