Visa Umrah & Ziarah
Panduan lengkap mengenai dokumen dan proses permohonan visa umrah serta ziarah ke Tanah Suci bagi warganegara Malaysia dan bukan warganegara.
Dokumen Asas Permohonan Visa
Setiap jemaah wajib menyediakan dokumen berikut sebelum proses permohonan visa dimulakan.
Pasport Antarabangsa
- Masih sah sekurang-kurangnya 7 bulan dari tarikh berlepas
- Minimum 6 muka surat kosong
Gambar Visa Umrah
- 4 keping bersaiz 4 x 6 cm, latar belakang putih
- Saiz muka 80% daripada gambar
- Lelaki: tanpa kopiah, topi atau songkok
- Wanita & kanak-kanak perempuan: bertudung gelap
Suntikan Meningitis
- Sijil suntikan Meningococcal Meningitis Quadrivalent ACYW135
- Boleh didapati di klinik kesihatan kerajaan atau swasta
Saudi Visa Bio (Biometrik)
Proses imbasan biometrik melalui aplikasi Saudi Visa Bio yang perlu dimuat turun ke telefon pintar anda.
Muat Turun Aplikasi
Muat turun aplikasi Saudi Visa Bio dari App Store atau Google Play ke telefon pintar anda.
Imbas Pasport
Gunakan kamera belakang untuk mengimbas muka depan pasport. Pastikan tiada silau atau bayang-bayang. Semak maklumat: nombor pasport, nama, tarikh lahir dan tarikh luput.
Imbas Wajah
Gunakan kamera hadapan untuk pengesahan identiti wajah anda secara langsung.
Imbas Cap Jari
Imbas kesemua 10 jari menggunakan kamera belakang. Gunakan latar belakang gelap yang berbeza dengan warna kulit dan kekalkan jari sepanjang proses tangkapan. Proses ini mungkin mengambil sedikit masa — bersabar.
Terima Pengesahan
Dalam masa 24 jam, anda akan menerima Enrollment Confirmation dan Enrollment ID melalui emel. Simpan maklumat ini dan serahkan kepada pihak agensi untuk proses seterusnya.
Masalah Cap Jari Tidak Dapat Dibaca?
Sesetengah jemaah mengalami masalah cap jari tidak dapat diimbas kerana alur jari yang pudar atau rosak. Penyelesaiannya:
- 1. Dapatkan surat sokongan daripada doktor (dalam Bahasa Inggeris) yang mengesahkan masalah cap jari — bawa ke pejabat agensi untuk dibantu.
- 2. Atau hadir terus ke pejabat agensi pelancongan untuk bantuan secara bersemuka.
Nota: Bagi jemaah yang telah mendapat kelulusan visa umrah (MOFA) tetapi tidak dapat dicetak kerana gagal membuat Biometrik, permohonan visa pelancong perlu dibuat sebagai ganti dengan bayaran tambahan.
Bukan Warganegara Malaysia
Dokumen tambahan diperlukan mengikut jenis permit/visa pemastautin di Malaysia.
Wang Cagaran RM10,000 dikenakan bagi bukan warganegara (negara tertentu sahaja). Wang cagaran akan dipulangkan selepas jemaah pulang ke Malaysia.
Pemastautin Tetap (PR)
- Salinan Kad Pengenalan disahkan oleh JPN dan Wisma Putra
- Lelaki: Statutory Declaration status PR & pekerjaan — disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah & Wisma Putra
- Wanita: Letter of Consent dari mahram (suami/anak/adik-beradik lelaki) — disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah & Wisma Putra
Permit Pekerja (EP)
- Surat Pengesahan Majikan dalam Bahasa Inggeris
- Disahkan oleh Notary Public dan Wisma Putra
- Permit mestilah Multiple Entry
Visa Pelajar
- Surat Pengesahan daripada institusi pendidikan dalam Bahasa Inggeris
- Disahkan oleh Notary Public dan Wisma Putra
- Visa mestilah Multiple Entry
Visa Keluarga / Tanggungan
- Salinan Sijil Nikah / Sijil Kelahiran disahkan oleh kedutaan negara asal & Wisma Putra
- Visa/Permit mesti sah 6 bulan ke atas dari tarikh permohonan
- Social Visit / Dependent Pass — Multiple Entry
Kelayakan Easy Apply
Kemudahan permohonan visa umrah secara terus tersedia untuk semua warganegara kecuali dari negara berikut: Iran, Yaman, Libya, Palestin, Syria, Afghanistan, dan negara yang tiada pejabat konsulat Arab Saudi.
Semakan Status Imigresen
Pastikan nama anda tiada dalam senarai sekatan keluar negara (senarai hitam) sebelum memohon visa.
Portal Jabatan Imigresen Malaysia
Semak status sekatan perjalanan melalui Sistem Semakan Portal Imigresen (SSPI) — termasuk sekatan hutang, mahkamah, dan lain-lain.
Semak SekarangCaj Perkhidmatan & Fi Visa: Semua caj perkhidmatan dan fi berkaitan visa ditanggung sepenuhnya oleh jemaah dan akan dimaklumkan semasa proses tempahan.
Video Panduan Saudi Visa Bio
Tonton panduan langkah demi langkah untuk proses biometrik Saudi Visa Bio.
Panduan rasmi proses Saudi Visa Bio — imbasan pasport, wajah, dan cap jari.
Perlukan Bantuan Lanjut?
Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai proses permohonan visa umrah atau dokumen yang diperlukan.